Kehidupan.
Monday 4 March 2013 | 23:56 | 0 comments
Alhamdulillah sebab hingga ke hari ini aku masih lagi hidup. Actually takde pape pun nak update hari ini. just nak bercerita pasal budaj budak twitter. Aku pun budak twitter jugak. Dulu memang aku F*** laa twitter sebab bagi aku nothing special with twitter nie. Facebook je kerja aku. Tapi sekarang kalau aku on twitter, memang aku takkan jumpa sign out. Setiap kali jumpa lappy atau tablet, aku akan on twitter. Facebook ? Maaf itu dulu k. Sekarang aku on twitter jer memanjang.
Well, actually aku nak cerita pasal kehidupan tapi rasa macam malas nak menaip panjang panjang. Satu jer. Bagi aku, kehidupan ini jadi sangat indah kalau kita selalu berusaha menjadi yang terbaik dalam hidup. Family aku selalu bagi support dalam kehidupan nie. Parent aku selalu bercerita tentang susahnya nak cari duit zaman sekarang nie. Kakak aku pulak pesan, cari jodoh yang terbaik dalam hidup. Duit memang penting. Now, rumah pun boleh mencecah 1 juta. Zaman aku nanti confirm 2 3 juta. Mak aku selalu pesan, hargai setiap duit yang kita ada waalaupun 10 sen. Duit tu benilai tau.
Pastu pulak pasal jodoh. Well aku pun muda lagi. Baru 18 tahun. Tapi BF tu adalah. Walaupun aku dah ada BF, aku still tak percayakan dia 100%. Lelaki zaman sekarang, mulut kata itu hati kata ini. Kakak aku now kerja cikgu umur 28 tahun pun belum jumpa lagi jodoh yang sesuai. Takde jodoh lagi nak buat macam mana. Kena kan pulak lelaki melayu zaman sekarang nie lebih banyak berada di pusat serenti berbanding di universiti. Memang susah kan ? Sebab tu dalam kehidupan nie, aku selalu berhati hati dengan LELAKI dan DUIT. 2 benda yang boleh tipu kita dengan mudah. Kan ?